Politik

Isu LGE-3R:Janganlah kita lakukan character assassination-Zahid

ISU yang dibangkitkan oleh media beberapa hari lalu berhubung kenyataan Lim Guan Eng yang didakwa sengaja membangkitkan isu 3R iaitu agama, raja dan kaum mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid yang juga Presiden UMNO  berkata, beliau juga telah merujuk kepada jawapan balas Guan Eng yang menyatakan bahawa kenyataannya telah diputarbelit dan kenyataannya yang sebenar hanya merujuk kepada situasi lama pada tahun 2020 di Kedah.

“Seperti yang saya katakan semalam dalam kenyataan media saya di Dataran Merdeka, meskipun kita kini berada pada suasana hangat pilihanraya, jika kita berbeza pandangan politik sekalipun, sebaiknya perbezaan itu ditangani dengan akhlak yang baik.

“Janganlah kita lakukan character assassination (pembunuhan karakter) kerana ia bakal mencetuskan situasi yang tidak harmoni di antara kita rakyat Malaysia,” kata Zahid dalam catatan beliau di Facebook.

Katanya, apa jua kebenaran tentang apa yang dikatakan oleh Guan Eng, pihak polis telah memberi komitmen untuk menyiasat dan mengambil tindakan.

“Saya juga percaya Guan Eng juga turut bersedia untuk memberi kerjasama dan menjawab segala persoalan,” ujar beliau.

Pandangan  Zahid, dalam berpolitik elakkanlah daripada memfitnah antara satu sama lain.

“Apa jua perkara yang tidak jelas, biarlah ia dirungkai dengan penuh hemah dan mengikut perundangan,” katanya. – SM

BACA Polis sahkan Hadi Awang disiasat sentuh isu 3R

BACA Lim Guan Eng, jangan takutkan pengundi bukan Islam dengan isu 3R – Eryn Othman

(Visited 106 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button