Nasional

Peluang tipis putuskan jangkitan Covid-19, gelombang ke-3 ibarat tsunami

MALAYSIA mempunyai peluang yang tipis untuk menghentikan rangkaian jangkitan virus maut Covid-19 jika rakyat tidak memberikan kerjasama untuk tinggal di rumah dan menghentikan sebarang pergerakan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah memberi amaran kegagalan untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan akan menyebabkan gelombang virus Covid-19 akan merebak seperti tsunami.

Justeru menurut Dr. Noor Hisham, rakyat Malaysia perlu membantu Kementerian Kesihatan Malaysia dengan memainkan peranan sebagai warganegara yang bertanggungjawab dengan duduk di rumah dan menjarakkan diri daripada orang lain.

“Kita mempunyai peluang yang tipis untuk memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19. Bantulah KKM dengan memainkan peranan anda, kerana setiap individu bertanggungjawab untuk mengambil segala langkah, berjaga-jaga demi keselamatan diri dan keluarga.

“Kegagalan bukan pilihan di sini. Jika tidak, kita mungkin menghadapi gelombang ketiga virus ini, yang seterusnya akan menjadi lebih besar seperti tsunami, lebih-lebih lagi, jika kita mempunyai sikap “tidak kisah”.” amaran Dr. Noor Hisham.

Justeru beliau merayu kepada semua rakyat Malaysia untuk mengambil serius perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan selama 14 hari bermula hari ini.

Setakat semalam wabak Covid-19 telah meragut nyawa dua rakyat Malaysia dan menjangkiti lebih daripada 600 orang di negara ini.

Kerajaan sedang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan yang mewajibkan kebanyakan perniagaan ditutup dalam usaha menghalang orang ramai berkumpul, seterusnya melambatkan penyebaran Covid-19.

(Visited 112 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button