Nasional

Netizen puji keberanian KPM longgarkan pemakaian tali leher bagi pelajar

Keberanian Kementerian Pendidikan (KPM) memberi kelonggaran pemakaian tali leher bagi pelajar disambut baik netizen kerana ia bukanlah berasal daripada fesyen tempatan.

Biarpun cuaca di seluruh negara kini semakin baik menjadi salah satu alasan KPM, keputusan menterinya, Fadhlina Sidek adalah sesuatu yang relevan dan sangat bernas.

Fadhlina Sidek juga berkata, tolak ansur itu memudahkan kanak-kanak untuk ke sekolah dan mendapat pendidikan sewajarnya.

Katanya dalam nada berseloroh, kanak-kanak boleh terus menghadiri sesi persekolahan asalkan perpakaian lengkap.

“Pergi saja ke sekolah, apa yang paling penting, pakai baju (berpakaian kemas),” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kementerian akan mengimplementasikan semula pakaian seragam di sekolah dalam masa terdekat susulan cuaca yang semakin baik.

Terdahulu, beliau menghadiri Program Pembinaan Karekter Bangsa Malaysia Pelajar Lepas Menengah di Dewan Datuk Haji Ahmad Salleh, di sini hari ini.

Seramai 700 pelajar lepas menengah menghadiri program itu yang bertujuan memupuk karekter bangsa Malaysia berteraskan patriotisme, kepimpinan dan tanggungjawab sosial.

Pada 3 Mei lalu, KPM membenarkan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikannya memakai pakaian atau baju sukan ekoran cuaca panas.

Kebenaran khas itu bertujuan mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.

KPM turut memaklumkan pemakaian tali leher tidak diwajibkan bagi murid yang memakai pakaian seragam sekolah.

(Visited 45 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button