Ekonomi

Peluang Dapatkan RM50,000 Menerusi Geran Kandungan Digital 2022

Syarikat, perusahaan dan syarikat milikan tunggal atau perkongsian liabiliti terhad (LLP) tempatan berpeluang memohon Geran Kandungan Digital 2022.

Geran Kandungan Digital 2022 menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000.00 dan pendaftaran sudah pun dibuka sehingga 29 Julai 2022.

Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, geran tersebut khusus bagi membangunkan kandungan baharu atau sedia ada di pasaran dalam bentuk animasi, komik digital, media interaktif dan permainan digital.

“Pencipta kandungan digital memiliki pelbagai idea menarik tetapi mereka sukar memulai dan mendapatkan dana.

“MDEC bukan sahaja menyediakan akses kepada pembiayaan malah membantu dalam penghasilan kandungan digital yang boleh dipasarkan,” katanya.

Annuar Musa berkata demikian dalam satu kenyataan berhubung pelancaran Geran Kandungan Digital 2022.

Ujar beliau lagi, bagi menjayakan pelaksaan tersebut, idea daripada syarikat yang mendaftar akan dinilai oleh panel yang terdiri daripada pakar industri.

Sejak 2016, MDEC telah membuka peluang kepada syarikat tempatan dengan meluluskan 94 projek bernilai RM36.4 juta kepada syarikat kandungan kreatif digital.

Tahun lalu pula menyaksikan MDEC menerima 111 pemohon dengan sejumlah 1.9 juta geran diluluskan dan memberi manfaat kepada 39 pemohon.

Pemohon yang terpilih akan dijemput untuk sesi pembentagan pada Ogos 2022, kelulusan akan diumumkan pada September 2022.

Jika ada yang berjaya lulus, penerima geran akan diberi tempoh selama enam bulan menyiap kandugan digital mereka.

“Ia terpulang sama ada Filem Animasi Pendek, Episod Pilot, Treler Pendek atau kandungan untuk Pengumuman Pesanan Khidmat Awam (PKA),

“Pemohon juga boleh hasilkan Permainan Digital/ Media Interaktif Lengkap (Demo atau Prototaip) atau Komik Digital/ Komik Bergerak Lengkap,” katanya.

Bagi yang berminat untuk mendaftar dan dapatkan maklumat lanjut, boleh layari https://mdec.my/dcgprisma2022

(Visited 268 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button