fbpx
Belang Bertempat

Peluang Anwar jadi PM sudah berakhir

Akuan berkanun (SD) yang muncul hujung minggu lalu menuduh seorang pemimpin politik pembangkang melakukan perbuatan tidak bermoral, kini berada dalam siasatan polis.

Laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.

Belang tidak mahu sentuh isu perlakuan pemimpin terbabit, walaupun nama Datuk Seri Anwar Ibrahim disebut-sebut.

Apa yang hendak dinukilkan Belang adalah bagaimana suatu ketika Anwar sudah berada dalam posisi terbaik untuk menjadi Perdana Menteri ketujuh atau kalau tak berjaya pun, sudah pasti tempatnya di tampuk PM ke-8.

Belang anggap Anwar sendiri sudah salah kira. Sepatutnya pada Julai 2019 atau sebelumnya, 2018, dia sudah boleh buat perkiraan. Entah macam mana agaknya Anwar terlena dengan hayunan Tun Dr. Mahathir Mohamad: “jangan gaduh, akan dapat tu. Kita dah buat keputusan, kita akan serahkan. I will transfer the power to you”.


Belang rasakan sudah hampir 10 kali Tun Mahathir janjikan kepada Anwar. Tapi, semua maklum beliau tidak akan berikan jawatan Perdana Menteri itu kepada Anwar secara normal. Kalau begitu, kenapa Anwar tidak terasa? Dengan kebijaksanaan yang meluas dengan perjuangan begitu hebat dan retorika yang berapi, tidak dapatkah mengesan? Belang kira harus dikesan, tetapi malangnya dia tidak kesan.

Jadi, ada beberapa ketika Pakatan Harapan (PH) boleh paksa Tun Mahathir tetapi Belang tidak nampak kenapa ini tidak boleh dilakukan. Tahun 2019, Majlis Presiden PH telah bermesyuarat, malah di situ telah dikatakan dibayangkan yang Tun Mahathir kena turun. Tidak tahulah apa yang Tun Mahathir cakapkan dalam perjumpaan itu sehinggakan Anwar sendiri melembutkan diri hingga tidak dapat apa yang diingininya selama ini.

Jadi, ini teka teki yang sangat besar. Tapi kita orang Melayu, orang Islam mengatakan itu bukan rezeki dia.

Dan sepatutnya, bukankah pada malam 9 Mei 2018 itu (kerajaan BN tumbang dalam PRU-14) adalah waktu terbaik untuk Anwar menjadi Perdana Menteri kerana PKR memiliki kerusi Parlimen terbesar dalam Pakatan Harapan? Waktu itu pun kerusi Parlimen diraih Bersatu masih kecil iaitiu 12 kerusi bila menang pilihan raya. Sepatutnya Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail terus sahaja mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Ya, sepatutnya begitu. Tapi Belang tidak tahu kenapa Wan Azizah tidak buat begitu. Peluang bagi Anwar untuk duduki takhta Perdana Menteri sudah habis.
Belang tidak fikir beliau boleh kembali pada saat-saat tahun 1999 dan 2000.

Persoalan utama mengapa Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri, itu tidak boleh kita jawab. Mungkin rekod beliau di mahkamah serta rekod beliau sebagai seorang insan dengan segala penglibatan Tun Mahathir sendiri dalam kes liwat Anwar pertama. Itu sahaja impaknya cukup besar kepada Tun Mahathir.

Belang fikir sebab itu ingatan Tun Mahathir kepada Anwar tidak habis-habis.

Yang keduanya, ketidakpercayaannya itu Belang fikir hanya beliau sahaja tahu.
-SM

(Visited 2 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button