BeritaPolitik

Zahid dakwa kemenangan Mahathir ada penipuan

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendakwa kemenangan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai presiden pada tahun 1987 terdapat penipuan.

Zahid ketika berucap melancarkan MoU penulisan ensiklopedia UMNO perhimpunan agung parti itu di PWTC, Kuala Lumpur berkata, perkara itu perlu diteliti dan dikaji semula.

Beliau turut mendedahkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang dilantik sebagai Pengerusi Penasihat UMNO kembali menyertai mesyuarat majlis kerja tertinggi parti buat pertama kali selepas pertembungan dengan Mahathir itu.

Tengku Razaleigh telah memberi nasihat kepada para pemimpin UMNO dalam mesyuarat itu.

Zahid berkata ini membuktikan UMNO sudah bangkit.

(Visited 123 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button