Nasional

MAIPs bantu golongan kehilangan pendapatan sepanjang PKP

MAJLIS Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan membantu mereka yang kehilangan pendapatan sepanjang pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

MAIPs akan bantu melalui penyaluran beberapa tambahan inisiatif bantuan kepada golongan yang kehilangan pendapatan akibat Covid-19.

Langkah MAIPs membantu golongan kehilangan pendapatan itui ekoran pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020 seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri semalam.

Ia dikhuatiri akan menyebabkan makin ramai hilang pendapatan.

Penambahan inisiatif berkenaan diumumkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, selaku Tuanku Yang DiPertua MAIPs.

Ia sebagai langkah proaktif MAIPs untuk memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan selain signifikan kepada seruan Perdana Menteri kepada Pengurusan Zakat di seluruh negara agar turut sama membantu mereka yang terkesan sepanjang tempoh PKP.

Antara inisiatif baru tambahan MAIPs adalah dengan penyaluran peruntukan sebanyak RM765,000 di bawah ‘Program Bantuan Khas Kecemasan Masjid MAIPs’ yang akan diagihkan kepada 102 kariah Masjid di seluruh Perlis.

Bantuan berkenaan mensasarkan golongan yang terjejas dan terdesak kerana tiada sumber pendapatan akibat tidak dapat bekerja dalam tempoh PKP.

Mereka yang mempunyai keperluan berkenaan boleh menghubungi amil kariah masing-masing di seluruh Perlis bermula 30 Mac 2020, walaupun sebelum ini tidak disenaraikan daripada kalangan penerima sumbangan MAIPs.

BERITA BERKAITAN:

Selain itu, bantu golongan kehilangan pendapatan, MAIPs turut melaksanakan tambahan sumbangan sebanyak RM321,200 untuk 1,606 penerima ‘Bantuan Sarahidup Berkala MAIPs’ di bawah inisiatif ‘Bantuan Khas Rangsangan Asnaf MAIPs’ ekoran penularan wabak COVID-19.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor, turut memaklumkan bahawa Pengurusan MAIPs sentiasa mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak sama ada agensi kerajaan atau NGO untuk mengoptimumkan lagi manfaat kepada mereka yang terjejas ekoran pelanjutan PKP.

Selain membantu golongan kehilangan pendapatan, beberapa program untuk membantu mengagihkan sumbangan antaranya yang terkini melalui Pertubuhan Perlis Volunteer Action Community (PVAT) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis telah dilaksanakan bagi mempercepatkan lagi pengagihan bantuan khususnya makanan kepada masyarakat.

(Visited 106 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button