Ekonomi

Gading Kencana tawar pengecaj di rumah berasaskan solar untuk pemilik EV di IGEM 2023

International Greentech & Eco Products Exhibition And Conference Malaysia (IGEM) telah diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) selama tiga hari bermula 4 Oktober (Rabu) sehingga 6 Oktober menampilkan pemain industri yang terlibat dalam industri hijau, industri yang mesra alam dan juga Industri untuk masa depan.

IGEM juga menghimpun pakar-pakar industri hijau terutama yang terlibat dalam tenaga boleh baharu dan kenderaan elektrik atau dikenali sebagai EV.

Gading Kencana Sdn. Bhd., pakar dalam tenaga boleh baharu, peneraju dalam industri solar di negara ini juga terlibat dalam acara ini dengan membuka ‘booth’ di segmen kenderaan elektrik (EV).

Uniknya di IGEM 2023 ini, Gading Kencana menawarkan stesen pengecaj untuk kenderaan EV di rumah yang berasaskan solar.

Melalui gerainya yang dibukan sempena IGEM 2023 Gading Kencana mempamerkan model stesen pengecaj EV di rumah berasaskan solar yang mendapat perhatian pengunjung.

Antara tetamu kehormat yang singgah di gerai Gading Kencana ia Presiden Kumpulan PT. Imza Rizky Jaya, Indonesia, Dr. Rizayati SH dan Timbalan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohd. Fo’ad Sakdan,

ev
GUNTOR Tobeng (dua dari kiri) bersama para tetamu termasuk Presiden Kumpulan PT. Imza Rizky Jaya, Indonesia, Dr. Rizayati SH (tiga dari kanan) di gerai Gading Kencana sempena IGEM 2023 di Kuala Lumpur Convention Centre.

Pengarah Urusan Gading Kencana, Datuk Ir Guntor Tobeng berkata, setiap pemilik kenderaan EV wajib mempunya stesen pengecaj berasaskan solar ini di rumah mereka jika mahu benar-benar menyumbangkan kepada alam sekitar yang lebih bersih.

Katanya, tidak ada gunanya jika guna EV tetapi apabila caj menggunakan elektrik yang dijana secara konvensional termasuk yang guna diesel dan arang batu.

“Elektrik yang dijana guna bahan api fosil masih menyumbang pelepasan karbon kepada alam sekitar. Maka pemilik EV yang mengecaj kenderaan mereka menggunakan bahan api masih menyumbang kepada pencemaran alam melalui pelepasan karbon.

“Jika mahu batul-betul tenaga bersih kena caj EV guna elektrik yang dijana daripada solar.

“Kami di Gading Kencana menawarkan pemasangan stesen pengecaj solar ini di rumah pada kadar yang cukup istimewa. Lagi pula cej EV menggunakan elektrik daripada solar lebih menjimatkan berbandung elektrik yang dibekalkan dari grid,” katanya ketika ditemui pada IGEM 2023 di Kuala Lumpur Convention Centre.

Katanya, teknologi yang diperkenalkan oleh Gading Kencana pada IGEM 2023 ialah bagaimana pengguna boleh menjadikan porch letak kereta mereka sebagai sumber elektrik untuk mengecaj kenderaan elektrik mereka.

“1Kenderaan EV ini telah meningkat dengan begitu mendadak dalam masa dua tahun kebelakangan ini iaitu lebih kurang 10,000.

“Jadi kita kenal pasti bahawa segmen EV ini merupakan satu segmen yang sesuai untuk Gading Kencana mempromosikan kepada pemilik kereta EV sebab tidak ramai yang tahau bahawa kalau kita cas kenderaan kita dengan menggunakan eletrik biasa maka kita meningkatkan pelepasan karbon di udara.

“Jadi kalau kita boleh caj dengan tenaga boleh baharu macam solar ini maka ia dapat mengurangkan perlepasan karbon di udara. ” ujarnya. – SM

(Visited 116 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button