NasionalPendidikan

Prof. Kasim Md. Mansur dilantik semula Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan Datuk Prof. Dr. Kasim Md. Mansur dilantik semula sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 3 Oktober 2023 sehingga 2 Oktober 2025.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Datuk Prof. Dr. Kasim Md. Mansur

KPT dalam kenyataannya berkata, Prof Kasim telah mula menyandang jawatan Naib Canselor UMS pada 3 Oktober 2022.

“Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dan Ijazah Sarjana Ekonomi dari Universiti Indiana State, Terra Haute, Amerika Syarikat (AS).

“Manakala Ijazah Kedoktoran (PhD) Ekonomi dari University of Wisconsin, AS,” menurut kenyataan KPT.

Untuk rekod juga, Prof. Kasim adalah tokoh akademik yang dihormati di Sabah dan telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam melaksanakan pelbagai inisiatif yang telah berjaya melonjakkan reputasi UMS di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Di bawah kepimpinan beliau, UMS telah berjaya menempatkan diri pada kedudukan ke-55 dalam Asian University Ranking 2023 dan berada di kedudukan antara 251-260 terbaik Asia dalam QS Asia University Ranking 2023.

“Dengan pelantikan semula Prof. Kasim sebagai Naib Canselor, Kementerian yakin UMS akan terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai antara universiti komprehensif terbaik di Malaysia dan terus menyumbang kepada pembangunan Negeri Sabah melalui aktiviti akademik dan penyelidikan university,” katanya. – SM

(Visited 98 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button