Nasional

Hamid Gurkha meninggal dunia

KLANG: Pelawak veteran Abdul Hamid Ab Rahman atau lebih dikenali sebagai Hamid Gurkha meninggal dunia di usia 89 tahun hari ini akibat sakit tua.

Anak perempuannya, Norazian, 53, berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pada 2.19 petang.

“Kesihatan bapa saya semakin merosot sejak Aidilfitri dan semakin teruk Khamis lalu apabila dimasukkan ke HTAR.

“Doktor kata ada jangkitan paru-paru,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Andalas di sini.

Hamid meninggalkan isteri Timah Hamid, 80, enam anak, 32 cucu dan 17 cicit.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Kota Raja selepas solat Isyak.

(Visited 543 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button