Nasional

Gaji menteri dipotong dua bulan salur ke Tabung COVID-19

GAJI menteri akan dipotong dua bulan  bagi disalurkan ke Tabung COVID-19. Pemotongan itu termasuk gaji Perdana Menteri.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet semalam.

BERITA BERKAITAN:

Potong gaji menteri, Syed Saddiq ucap tahniah

Gaji menteri dipotong bagi membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak COVID-19.

Tabung COVID-19 telah dilancarkan pada 11 Mac lepas sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu.

Sehingga semalam, jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan adalah sebanyak RM8,493,103.48.

Malaysia mencatatkan 20 kematian dan 1,796 kes positif COVID-19 setakat semalam. Perintah Kawalan Pergerakan sedang dikuatkuasakan di negara ini sejak 18 Mac hingga 14 April bagi membendung wabak tersebut.

Semalam Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) bersetuju memotong 10 peratus gaji mereka selama tiga bulan bagi membantu rakyat negeri ini yang terkesan dengan penularan virus COVID-19.

Wan Rosdy berkata berdasarkan keputusan mesyuarat EXCO hari ini, potongan itu berkuat kuasa mulai April ini dan disumbangkan ke tabung COVID-19 Pahang yang diwujudkan kerajaan negeri.

Keputusan itu katanya, diambil atas rasa tanggungjawab dan simpati ahli EXCO terhadap rakyat daripada pelbagai latar belakang kaum, usia dan kerjaya yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.

Beliau berharap sumbangan itu dapat mendorong lebih ramai pihak tampil dan turut menderma bagi membantu mereka yang memerlukan.

Sementara itu bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota Kabinet terhadap langkah memotong gaji selama dua bulan untuk disumbangkan kepada Tabung Covid-19.

Menurut Ahli Parlimen Muar itu, pemimpin perlu membuktikan bahawa mereka bersama-sama rakyat ketika waktu yang mencabar ketika ini dengan penularan wabak COVID-19.

Syed Saddiq juga mahu agar semua pihak memecahkan tembok politik dan bersatu memerangi wabak COVID-19.  – SM

(Visited 423 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button