Nasional

Mukhriz letak jawatan, itu video lama

SEBUAH video memaparkan sidang akhbar oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletakkan jawatan tular dalam media sosial.

Video berkenaan diterbitkan portal Astro Awani pada Februari 2016 dipercayai ditularkan semula oleh netizen yang sengaja mahu menghangatkan lagi polemik politik peringkat negeri.

Cubaan tersebut susulan, kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan awatan sebagai Perdana Menteri pada 26 Februari 2020.

Tindakan tersebut disusuli dengan pengumuman Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa partinya keluar daripada PH.

[BACA ARTIKEL] Bersatu keluar Pakatan Harapan — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Melayu `janggal’ di bawah Pakatan Harapan? — Suara Merdeka

PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan itu di Istana Negara hari ini.

Bagaimanapun, kemelut politik peringkat persekutuan selesai selepas Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-8 hari ini.

Namun, pelantikan tersebut mencetuskan konflik sokongan terhadap pucuk pimpinan kerajaan negeri seperti Melaka, Kedah dan Johor.

HASNI MOHAMMAD

Johor bagaimanapun, terlebih dahulu bertindak selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berpuas hati dengan penjelasan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

[BACA ARTIKEL] Hasni ketuai gabungan baharu di Johor — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Kesetiaan, pengorbanan Hasni berbaloi — Suara Merdeka

Justeru, Datuk Hasni Mohamad mendapat perkenan baginda selepas memperoleh sokongan yang cukup daripada ADUN Johor.

Menerusi video berdurasi 2 minit 15 saat yang tular itu, Mukhriz mengumumkan perletakan jawatannya ekoran krisis kepimpinan UMNO yang melanda Kedah pada 2016.

[BACA ARTIKEL] Selepas terkuburnya PH, harapan kini kepada Kabinet baharu — Suara Merdeka

DATUK SERI MUKHRIZ MAHATHIR

Ekoran perletakan jawatan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipa dilantik menjadi Menteri Besar sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018.

Sedia dipecat daripada PPBM

Sementara itu dalam perkembangan lain, Mukhriz menyatakan kesediaan untuk dipecat daripada partinya ekoran tidak sehaluan dengan Presiden yang juga Perdana Menteri baharu.

Tindakan pemecatan itu termasuk Dr. Mahathir Mohamad dan Ketua Angkatan Anak Muda Bersatu (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. – SM

(Visited 256 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button