Nasional

Akhirnya… “Inspektor Shiela” digantung tugas!

PEGAWAI polis, “Inspektor Shiela” yang didakwa menghina anggota pangkat bawahan dan bertengkar dengan orang awam di tempat letak kenderaan dalam dua video tular berasingan telah digantung tugas.

Dalam satu video, wanita itu terbabit kelihatan memarahi anggota bawahan dan didakwa menghinanya.

BACA Apa kena ‘Inspektor Shiela’ buat hal lagi?

Manakala dalam video lain dia kelihatan bertengkar dengan seseorang di kawasan letak kenderaan di Brickfields, Kuala Lumpur.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dua kertas siasatan terhadap wanita itu dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Tambah beliau, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis juga buka enam siasatan berasingan terhadap perkara itu. – SM

BACA Guru KAFA Selangor tolak suntikan vaksin Covid-19 akan digantung tugas

BACA Ketua Polis Malang dipecat, 9 digantung tugas gara-gara insiden di Stadium Kanjuruhan

(Visited 75 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button