Nasional

Pelantikan Nazri sebagai duta ke AS di buat awal tahun lalu – Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata tidak ada salahnya bekas menteri persekutuan, Nazri Aziz, dilantik duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) lagi pun  keputusan terbabit dibuat awal tahun lalu.

“Apa masalah dia sebagai duta. Pelantikan dilakukan hampir setahun lalu. Ia mengambil masa enam bulan AS mengesahkannya.

“Apabila saya menjadi perdana menteri, saya menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk tangguh sedikit sehingga saya membentuk Jemaah Menteri. Ini disebabkan mereka (Jemaah Menteri) harus dimaklumkan juga mengenai pelantikan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian bantuan pelajar antarabangsa oleh Tabung Pelajar Antarabangsa AbuSulayman (AISF) di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).

Pada Khamis, bekas Ahli Parlimen Padang Rengas itu telah dilantik sebagai duta besar ke AS.

Wisma Putra dalam kenyataan, berkata Nazri dan sembilan lain menerima watikah pelantikan sebagai ketua perwakilan diplomatik baharu daripada Agong menerusi satu istiadat, di Istana Negara. – SM

 

(Visited 163 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button