Politik

Pelantikan Ismail, Hishammuddin pengiktirafan kepada UMNO – Annuar

Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai menteri kanan satu pengiktirafan kepada UMNO.

Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata, UMNO telah memainkan peranan besar di dalam kabinet yang ada dewasa ini.

Pengalaman kedua-dua anggota kabinet itu, ujar beliau akan memperkasakan lagi barisan kepimpinan kerajaan dalam menghadapi situasi mencabar kini.

Katanya, kedua-dua pemimpin UMNO itu boleh membantu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memantapkan lagi jentera kerajaan.

“Pelantikan kedua-dua tokoh ini juga merupakan satu pengiktirafan kepada UMNO yang telah memainkan peranan besar dalam kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pelantikan mereka juga membuka pintu kepada peranan UMNO yang lebih besar dalam kerajaan Perikatan Nasional di mana kedua-dua mereka berupaya menggerakkan seluruh kekuatan UMNO untuk terus berjuang membela rakyat serta menjayakan proses pemulihan negara,” kata Menteri Wilayah Persekutuan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Annuar, keputusan Perdana Menteri memberi tugas kepada Hishammuddin membantu beliau dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negara adalah satu pengiktirafan terhadap keupayaan Ahli Parlimen Sembrong itu.

“Saya percaya perlantikan ini disambut baik semua lapisan rakyat khususnya ahli UMNO seluruh negara dan inilah peluang terbaik untuk UMNO terus berbakti kepada rakyat serta merapatkan saf di belakang kedua-dua mereka untuk menyatupadukan ahli serta orang Melayu, kaum Bumiputera serta rakyat Malaysia keseluruhannya,” katanya lagi.

(Visited 180 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button