NasionalNegeri

Ideologi ekstremis tidak eksklusif untuk mana-mana komuniti – Raja Muda Perlis

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, adalah penting untuk menyedari bahawa ideologi ekstremis tidak eksklusif untuk mana-mana komuniti atau kumpulan tertentu.

Ekstremisme boleh muncul dari pelbagai latar belakang, dan ia tidak terhad oleh etnik, agama atau kewarganegaraan.

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen sambil diperhati Tuanku Syed Faizuddin Putra semasa mengurniakan sumbangan kepada kanak-kanak di di Masjid Mualihin Wai Salam, Palian, Trang.

Realitinya titah Baginda, kita mesti memastikan bahawa usaha kita bersama adalah untuk memerangi ekstremisme kekal tidak berat sebelah dan inklusif.

“Ia mengingatkan kita bahawa ekstremisme adalah cabaran bersama yang menuntut tindak balas daripada semua lapisan masyarakat,” titah Baginda.

Baginda bertitah demikian ketika mengetuai Progam Ziarah Mahabbah Tuanku Raja Muda Perlis selaku Yang Di Pertua (YDP) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bersama Delegasi Jawatankuasa Pengurusan Zakat dan Lembaga Pengarah Akademi Transformasi Asnaf MAIPs ke Wilayah Trang, Thailand dari 6 hingga 8 Oktober.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyerahkan sumbangan kepada Masjid Mualihin Wai Salam, Palian, Trang.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda Baginda, Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Baginda dan delegasi menunaikan Solat Jumaat di Masjid Mualihin Wai Salam, Palian, Trang.

Sebelum itu diadakan program Hijrah Minda termasuk penyerahan sumbangan untuk aktiviti dakwah dan kemasyarakatan di masjid ini sebanyak RM3,000.

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen dan anakanda Baginda, Sharifah Farah Adriana Jamalullail berkenan menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak yang terpilih.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra telah disambut oleh Majlis Agama Islam Satun yang diketuai oleh Yang Di Pertuanya, Arun Umachi sebaik sampai di Pos Imigresen Wang Prachan.

Program Ziarah Mahabbah ini adalah manifestasi kepada falsafah Umattan Wahidah melalui perkongsian pintar MAIPs dengan enam Majlis Agama Islam Wilayah Andaman di Thailand dalam pelbagai bidang meliputi kemajuan agama Islam, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan demi manfaat Islam sejagat selari dengan falsafah Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).

Program ini merupakan kali kedua bertandang ke Trang bagi Edisi Ziarah Mahabbah MAIPs ke Wilayah Andaman, Thailand. – SM

(Visited 35 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button