Nasional

Seorang lelaki terkandas di atas jengkaut ketika hujan lebat telah diselamatkan

KAMPUS induk Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok hampir dilanda kejadian kepala air malam tadi berikutan hujan lebat dan ribut petir selama beberapa jam.

Sebaliknya, fenomena jam 7 malam itu menyebabkan banjir di empat buah rumah dan sebuah surau berhampiran. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kubang Pasu, Mohd Adenin Suhaimi berkata, pihaknya berada di lokasi bagi memantau keadaan.

“APM menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 7 malam tadi daripada orang awam.

“Susulan hujan lebat dan ribut petir, kejadian kenaikan air berlaku di kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata paras air banjir di kawasan itu telah surut berikutan keadaan cuaca bertambah baik.

“Tiada pusat pemindahan sementara (PPS) banjir diaktifkan. Keadaan terkawal dan tiada orang awam yang cedera,” katanya.

Sementara itu, seorang pekerja penyelenggaraan berusia 52 tahun diselamatkan anggota bomba selepas dia  terkandas di atas jengkaut di tengah-tengah tasik di UUM ketika kejadian.

Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Kubang Pasu, Zulkifli Manaf berkata, lelaki itu diselamatkan kira-kira pukul 7 malam.

“Setibanya di lokasi, lelaki itu tersangkut di tengah tasik yang dikelilingi air naik ketika hujan lebat.

“Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan lelaki itu dengan meredah air banjir. Mujur beliau tidak cedera,” katanya ketika dihubungi.

Susulan kejadian kepala air itu, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM telah mengeluarkan amaran kepada semua pelajar dan kakitangan supaya sentiasa berhati-hati ketika hujan lebat dan ribut petir. -SM

Baca : Netflix cipta semula siri Squid Game

(Visited 77 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button