Nasional

Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 kembalikan prinsip tersurat Rukun Negara

Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 merupakan satu usaha untuk mengembalikan semula impian asal tentang perpaduan yang tersurat dalam lima prinsip Rukun Negara.

Pelan inisiatif Kementerian Perpaduan Negara itu dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di ibu negara hari ini.

“Rukun Negara merupakan dokumen asas tatacara kehidupan bermasyarakat warga Malaysia yang telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 bertujuan membina perpaduan yang kukuh dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum berlandaskan kesepaduan dan keharmonian antara kaum menerusi prinsip-prinsip yang terkandung dalamnya,” kata Ismail Sabri.

Katanya, Kementerian Perpaduan Negara yang diterajui Menterinya Datuk Seri Halimah Mohamed Sadique akan memandu Keluarga Malaysia untuk memahami makna perpaduan dalam skop yang lebih luas dan inkusif dengan menjadikan Rukun Negara sebagai teras utama.

Pelan tersebut berlandaskan lima strategi penting iaitu Memelihara sistem demokrasi Raja Berperlembagaan, Membentuk masyarakat yang menghargai dan mengamalkan perpaduan


Memperkasakan sosio-ekonomi yang adil dan saksama, Menjamin keterbukaan dan toleransi terhadap perbezaan agama dan tradisi kebudayaan serta Membina masyarakat progresif melalui sains, teknologi dan inovasi.

“Pelan ini dirangka sesuai dengan program mengikut keupayaan institusi di peringkat pusat, negeri dan akar umbi. Ini mampu memanfaatkan Keluarga merangkumi program pendidikan, ekonomi, kebajikan, sosio-budaya, sains, teknologi dan inovasi.

“Saya menyeru kerjasama semua pihak termasuk agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) selaku agensi peneraju dan pelaksana dalam pelan tindakan ini untuk duduk bersama sebagai sebuah keluarga besar.,” katanya.

Pada majlis itu Ismail Sabri turut melancarkan [email protected] Perpaduan Keluarga Malaysia 2021-2025. Menurutnya, pelan tersebut paling signifikan kepada Kementerian Perpaduan Negara dalam menerajui agenda perpaduan nasional.

Perpaduan tersebut akan memberi tumpuan terhadap empat dimensi atau nama ringkasnya KAMI iaitu K (Karib), A (Aksesibiliti), M (Majmuk) dan I (Inkulisiviti).

Pelan tersebut dirangka berdasarkan satu kajian yang melibatkan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat di seluruh negara menjurus kepelbagaian budaya dan agama supaya dapat menepis sebarang usaha yang mencemarkan perpaduan di negara ini.

“Pendedahan ini juga adalah signifikan supaya masyarakat berlainan etnik dapat mengawal percakapan dan perbuatan yang menyentuh sensitiviti agama serta budaya etnik lain sehingga sering menjadi pencetus reaksi negatif.

“Kita impikan kemakmuran bersama antara Keluarga Malaysia kerana ia merupakan asas kepada kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara ini,” kata Ismail Sabri.

Perdana Menteri melahirkan harapan agar Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 dan [email protected] Perpaduan Keluarga Malaysia 2021-2025 dapat mengukuhkan lagi perpaduan yang sedia terjalin dalam kalangan Keluarga Malaysia.-SM

(Visited 65 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button