Ekonomi

Ringgit dibuka lebih baik berbanding Dolar AS pada sesi dagangan pagi ini

RINGGIT bertambah baik pada pembukaan dagangan Rabu berikutan penyusutan Dolar AS. Pada jam 9.06 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.1995/2040 berbanding Dolar AS daripada 4.2050/2085 pada penutup Selasa.

Ketua ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Dolar AS mungkin mengalami sedikit penyusutan selepas kenaikan mendadak. Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.11% kepada 98.988 mata.

Bagaimanapun, Mohd Afzanizam menjangkakan Ringgit akan kekal dalam julat rapat kerana pelabur mengamalkan sikap tunggu dan lihat.

“Laporan Indeks Harga Pengeluar terkini untuk AS, yang meningkat 10% pada Februari daripada 9.7%, nampaknya menyemarakkan semula pandangan bahawa Fed akan menaikkan kadar penanda aras mereka dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan minggu ini.

“Sementara itu, minyak mentah Brent berlegar sedikit di bawah U$100 [RM420.15] setong kerana harapan untuk rundingan nuklear dengan Iran akan menghasilkan lebih banyak bekalan minyak untuk mengalir. Walau apa pun, ketidaktentuan ekonomi telah meningkat,” katanya kepada agensi berita Bernama.

Ringgit didagangkan lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang utama. Wang tempatan meningkat nilai berbanding Yen Jepun kepada 3.5475/5516 daripada 3.5642/5674 pada Selasa dan menokok berbanding Pound Britain kepada 5.4761/4820 daripada 5.4833/4879.

Ia juga mengukuh berbanding Dolar Singapura kepada 3.0739/0776 berbanding 3.0774/0802 sebelum ini dan meningkat berbanding Euro kepada 4.6035/6084 daripada 4.6263/6302. – SM

(Visited 154 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button