Nasional

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia sedia depani cabaran global

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) sedang merangka pelan pendidikanbagi memperkukuhkan lagi sistem pendidikan agar lebih relevan dengan keperluan semasa dan masa depan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, hala tuju Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2026-2035 untuk 10 tahun akan datang dicorakkan agar sistem pendidikan negara bersedia mendepani cabaran teknologi global.

”Cabaran itu terutamanya daripada segi ledakan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) tanpa mengenepikan tumpuan ke arah pengukuhan nilai-nilai intrinsik murid demi kelangsungan generasi modal insan masa depan.

”Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga komited untuk melaksanakan agenda reformasi pendidikan yang menjadi asas dan panduan utama dalam melaksanakan transformasi sistem pendidikan negara secara menyeluruh dan dinamik,” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Menurut Fadhlina lagi, terdapat enam agenda lembaran reformasi pendidikan yang digerakkan KPM bagi menginjak hala tuju pendidikan negara berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan.
Katanya, reformasi itu adalah penyelarasan pra sekolah, intervensi kurikulum, pemerkasaan STEM, TVET dan pendidikan digital, serta memartabatkan Bahasa Melayu dan mengukuhkan Bahasa Inggeris, sekali gus memastikan pendidikan bergerak tangkas seiring perubahan semasa dan keperluan masa depan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button