Sukan

Kemenangan 2-0 Liverpool ke atas Everton adalah permulaan kebangkitan – Salah

Mohamed Salah berkata, kemenangan 2-0 Liverpool ke atas Everton dalam aksi ‘derby’ Merseyside awal pagi tadi hanyalah permulaan kepada kebangkitan The Reds musim ini.

Salah menjaringkan gol pertamanya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak Boxing Day ketika skuad Jurgen Klopp menamatkan kemarau kemenangan empat perlawanan berturut-turut di Anfield.

Cody Gakpo kemudiannya menjaringkan gol pertamanya untuk kelab pada babak kedua.

Malam yang positif buat Liverpool dengan kembalinya semula Diogo Jota dan Roberto Firmino selepas pulih kecederaan manakala Virgil van Dijk berada di bangku simpanan selepas enam minggu tidak boleh beraksi.

“Ia kemenangan besar bagi kami,” kata Salah.

“Kami mempunyai minggu sempurna untuk berlatih dan pemain sangat gembira. Kami tak sabar menunggu perlawanan seterusnya untuk mengubah kedudukan kami dan berharap kemenangan pada malam ini adalah satu permulaan.”

Liverpool masih sembilan mata ketinggalan di belakang kelompok empat teratas dengan menduduki tangga kesembilan tetapi jurang itu boleh dikurangkan kepada enam mata apabila mereka berkunjung ke St James’ Park hujung minggu ini.

Pertarungan itu hanya beberapa hari sebelum kunjungan Real Madrid ke Anfield untuk aksi peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara dan Klopp berharap skuadnya mendapat suntikan semangat sebelum menentang gergasi Sepanyol itu.

“Malam ini kami berada di sana dan ia memberi petanda apa kami perlu lakukan,” kata Klopp. “Prestasi sepanjang 96 minit adalah yang terbaik setakat ini.”

Sementara itu pemain antarabangsa Belanda, Gakpo yang meledak gol sulungnya untuk Liverpool berharap dapat meneruskan momentum susulan permulaan sukar di EPL selepas berpindah dari PSV Eindhoven bulan lalu.

“Ia persembahan hebat daripada kami,” kata Gakpo. “Kami amat memerlukan aksi seperti ini.”

(Visited 83 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button