NasionalNegeri

Sebar kasih sayang untuk kekuatan ummah – Pemangku Raja Perlis

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengajak semua untuk terus menyebarkan kasih sayang sesama Muslim demi membentuk perpaduan dan kekuatan Ummah.

Baginda bertitah, Islam mengajar setiap umatnya untuk saling berkasih sayang sesama manusia dan juga kepada semua makhluk ciptaan Allah.

Titah Baginda, berkasih sayang itu sesuatu yang bersifat ‘universal’ dan meluas.

“Saling berkasih sayang itu juga boleh disimpulkan sebagai bentuk tindakan mewujudkan hubungan yang mendatangkan perasaan kasih sayang, saling menziarahi dan bertanya khabar, saling menghormati dan saling membantu antara satu sama lain sehingga mewujudkan kekuatan dalam persaudaraan sesama umat Islam dan juga masyarakat di sekelilingnya,” titah Baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Masjid Darussalam Chroy Changvar, Phnom Penh, Kemboja yang telah diterima oleh wakilnya, Mustafa Mutalib.

Baginda bersama-sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil pada kesempatan yang sama menitahkan ucapan Selamat Menyambut Hari Guru pada 16 Mei hari ini kepada seluruh warga pendidik di negeri ini. ‘Guru Insani Pemangkin Generasi Madani’. – SM

BACA Syor tauliah khas mengajar agama di premis pendidikan – Pemangku Raja Perlis

(Visited 130 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button