Nasionalpilihan

Pelaksanaan inisiatif Tabung Haji tidak menyebelahi pekerja – Kesakti

Kesatuan Kakitangan Lembaga Tabung Haji (Kesakti) menzahirkan rasa dukacita dan kecewa ke atas pelaksanaan inisiatif di bawah kajian tenaga kerja optimum dan semakan sistem saraan Tabung Haji (TH).

Presiden Kesakti, Abdul Hadi Abdul Rahman, pelaksanaan inisiatif tersebut kerana dilihat tidak menyeluruh terutama bagi anggota lama TH.

“Permintaan Kesakti melalui surat bertarikh 16 Ogos 2022 supaya perkara tersebut dapat diteliti dan dibuat semakan semula sebelum ianya dilaksanakan telah tidak dilayan.

“Perbincangan bersama Jabatan Modal Insan pada 5 Ogos 2022, 7 September 2022 dan 21 September 2022 tidak mencapai kata sepakat (tiada sebarang persetujuan),” maklum Abdul Hadi.

Dalam masa sama, Kesakti turut memaklumkan keputusan mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) pada 25 Februari 2020 juga tidak dipatuhi.

“Pengurusan TH melalui Jabatan Modal Insan perlu memberikan taklimat kepada Kesakti sebelum keputusan berkaitan pelaksanaan semakan skim gaji dibuat sekali gus menjejaskan keharmonian industri.

“Sehubungan itu, Kesakti menuntut perkara-perkara yang dibangkitkan di dalam surat Kesakti bertarikh 16 Ogos 2022 dapat dipertimbangkan semula untuk kebaikan semua pihak secara menyeluruh,” katanya.

Dalam satu kenyataan, rata-rata anggota lama TH meluahkan kekecewaan berhubung pelaksanaan inisiatif
ini yang tidak mengambil kira:

  • Tempoh Perkhidmatan (Number years of service)
  • Kesetiaan (Loyalty)
  • Pencapaian Perkhidmatan (Appraisal of performance)
  • Anggota yang telah mencapai gaji maksimum

Disebabkan permohonan Kesakti melalui surat bertarikh 16 Ogos 2022 tidak mendapat perhatian Pengurusan TH, maka dengan itu Kesakti menuntut perkara-perkara berikut diluluskan:

  • Bayaran ex-gratia sebanyak satu bulan gaji untuk anggota TH yang telah mencapai gaji maksimum
  • Kenaikan gaji antara julat sebanyak 15% untuk anggota TH gred A hingga E (Kumpulan Pelaksana)
  • Bayaran tunggakan selama hampir tiga tahun kerana telah melebihi lima tahun tempoh semakan skim gaji (sepatutnya 1 Januari 2020)

“Jika tiada maklum balas segera daripada Pengurusan TH, Kesakti akan memulakan proses Tindakan Perusahaan (PIKET) yang dibenarkan oleh undang-undang.

“Kesakti sentiasa bersedia mengadakan rundingan dengan pihak Pengurusan TH pada bila-bila masa bagi menyelesaikan perkara ini untuk kebaikan semua pihak,” katanya.

(Visited 1,229 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button