Nasional

Pelakon popular didakwa muat naik klip video profil lucah

SEORANG pelakon popular tempatan didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang pagi ini, atas tuduhan memuat naik klip video yang mengandungi aksi lucah di profil media sosialnya.

Pelakon berusia 36 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang merupakan klip video sumbang.

Jika sabit kesalahan, pelakon itu akan menjalani hukuman penjara setahun, atau membayar denda RM50,000, atau kedua-duanya sekali.

Video kontroversi pelakon itu menjadi tular tahun ini selepas dia memuat naiknya di laman sosialnya sehingga mendapat kritikan ramai. – SM

(Visited 481 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button