Hiburan

Pelakon komedi, John Witherspoon meninggal dunia

LOS ANGELES – Pelakon komedi yang terkenal dengan watak Willie Jones dalam francais filem ‘Friday’ – meninggal dunia di rumahnya di Sherman Oaks, California, pada hari Selasa.

Dalam satu kenyataan keluarganya berkata: “Dengan perasaan sedih yang amat mendalam kami mengesahkan suami dan ayah tercinta kami, John Witherspoon, meninggal dunia hari ini di rumahnya di Sherman Oaks.

“Kami sangat terkejut, tolong beri kami ruang untuk berprivasi dan kami akan meraikan hidup dan kerjanya bersama-sama.”

Witherspoon muncul buat kali pertama sebagai pelawak solo di tahun-tahun 1970-an

Beliau kemudiannya membintangi filem ‘Friday’, 1995, bersama-sama Ice Cube dan Chris Tucker, serta sekuelnya, ‘Next Friday’ dan ‘Friday After Next’

Beliau turut tampil dalam ‘Hollywood Shuffle’, ‘Boomerang’ dan ‘Vampire In Brooklyn’, yang turut menampilkan Eddie Murphy.

Selain itu Witherspoon memainkan watak sebagai ayah kepada Shawn Wayans dan Marlon Wayans di sitkom popular ‘The Wayans Bros’, dari 1995 hingga 1999.

(Visited 225 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button