Hiburan

Pelakon KL Special Force dikompuan kerana gagal pakai pelitup muka

SABAN hari Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu jumlah individu yang dikompuan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Dua kesalahan yang sering mencatatkan angka tertinggi ialah tidak memakai pelitup muka dan gagal melakukan penjarakan fizikal.

Namun, walaupun saban hari peringatan diberikan, masih ada yang gagal mematuhinya dan terbaharu melibatkan pelakon, Mustaqim Bahadon.

Pelakon filem KL Special Force itu memberitahu, dia dikompuan RM1,000 kerana tidak memakai pelitup muka ketika sedang menghisap rokok

“Saya baru kena kelmarin, saya hisap rokok kira-kira dua langkah di hadapan kedai sendiri,” katanya.

Menurut Mustaqim, dia sendiri mengakui kesalahan yang dilakukannya dan menyeru orang ramai supaya tidak mengambil mudah dan sentiasa menjaga SOP.

“Saya mengaku salah saha. Walaupun berseorangan, anda wajib pakai pelitup muka.

“Jangan jadi macam saya yang tersilap kerana menanggalkan pelitup muka sekejap,” ujarnya.

Rata-rata netizen di ruangan komen Instagram milik Mustaqim juga menganggap apa yang berlaku kepada pelakont tersebut sebagai pengajaran buat mereka. -SM

(Visited 495 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button