Nasional

Budak bengkak otak masih perlukan bantuan RM23,000

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang menghidap masalah saraf otak membengkak masih memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM23,000 bagi menampung kos pembedahan yang dijadualkan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Kuala Lumpur, Februari tahun depan.

Bapanya, Mohd. Faizal Zakaria, 42, berkata, sejak Suara Merdeka menyiarkan berita mengenai penderitaan sakit anaknya Ammar Danis dua minggu lalu sumbangan daripada orang ramai yang diterimanya sebanyak RM12,000 daripada kos asalnya sebanyak RM35,000.

Keadaan Ammar Danis ketika berusia tiga tahun mendapat rawatan pada 2015.

“Saya masih memerlukan kewangan tambahan bagi mengumpul RM35,000 untuk mempercepatkan pembedahan anak saya dan tidak boleh tidak dalam keadaan situasi anak saya ketika ini.

“Selagi tak cukup kos yang ditetapkan HCTM selagi itu pembedahan tidak dapat dijalankan. Apa yang saya dimaklumkan doktor yang merawat memberitahu urat saraf otak anak saya sudah membengkak dan pembedahan perlu diadakan segera.

“Saya tak mahu melihat lagi penderitaan Ammar Danis apabila saluran darah otaknya pecah pada 2015 kerana ketika dia berusia tiga tahun doktor meramalkan peluang untuk hidup 50-50,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Krubong Jaya, Melaka di sini.

Mohd. Faizal yang bekerja sebagai operator kanan di sebuah kilang berkata, dia memerlukan sumbangan daripada mana-mana pihak kerana dia sudah tidak ada sumber kewangan untuk menampung kos rawatan pembedahan kedua.

Sebelum ini katanya, dia telah menggunakan wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan isterinya sebanyak RM50,000 bagi menampung pembedahan pertama anaknya pada 2015 apabila saluran darah otak kanak-kanak itu pecah.

Katanya, setakat ini Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) ada menghubunginya untuk membantu tetapi sehingga kini belum ada sebarang keputusan kerana pihak HCTM masih belum mengemukakan dokumen yang diperlukan.

Katanya, Ammar Danis anak sulung daripada dua beradik ini kelihatan seperti kanak-kanak normal bermain dengan rakan sebaya dan masih bersekolah di tahun empat di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Merdeka.

“Tetapi ada ketikanya dia mengadu sakit kepala dan hanya duduk di sofa terbaring namun situasi itu tidak berlaku kerap ada ketikanya,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyumbang melalui akaun Maybank, 104068261720 (Mohd. Faizal Zakaria) atau menghubunginya di talian 011-21285729. – SM

(Visited 172 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button