Alam Sekitar

Komuniti harus cintakan keindahan – Raja Muda Perlis

Komuniti setempat hendaklah ditanamkan dengan cita rasa sukakan keindahan.

Apabila rasa cinta dan menghargai keindahan kukuh bertapak dan menjadi budaya, secara tidak langsung ahli-ahli komuniti itu akan sukakan kepada persekitaran yang bersih dan alam sekitar akan turut sama dihargai dan dijaga.

Contoh terdekat adalah di Projek DiRaja Transformasi Kampung Berwarna-Warni di Seberang Ramai Kuala Perlis, di mana suatu ketika dulu ia merupakan sebuah kawasan penempatan yang ‘kusam’ tanpa warna dan tanpa jiwa, namun hari ini, Alhamdulillah ia semakin menjadi sebuah penempatan yang semakin indah, kaya dengan kreativiti penghuninya, penuh warna dan tanpa kita sedar ia telah menggerakkan sikap penghuninya untuk turut berubah dan menjadi penghuni yang sangat peduli tentang aspek kebersihan dan keindahan persekitaran.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat merasmikan Projek Peningkatan Sosioekonomi Asnaf MAIPs berupa bengkel bahulu yang diusahakan oleh Hasama Yahaya 67 di hadapan Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang, Arau sempena Program Kayuhan MAIPs Peduli Khas Covid Bilangan ke 57 bagi tahun 2021.

MAIPs menyumbangkan peralatan oven bernilai RM2,600 kepada beliau sejak mula beroperasi pada tahun 2019.

Terdahulu baginda turut berkenan menyantuni dan menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada sebanyak tiga buah keluarga asnaf terpilih iaitu Yatim Pin 78 yang terlantar sakit bersama isteri tinggal bersama ahli keluarga, Muhammad Shukre Senawi 47 dan Bashah Arif 67 yang juga terlantar sakit semuanya menerima RM700 setiap seorang.

(Visited 239 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button