NasionalPolitik

Sebarang bentuk gabungan hanya akan diteliti selepas PRU15 – Ismail Sabri

HANYA Majlis Tertinggi (MT) parti yang boleh membuat keputusan apa sahaja kemungkinan sama ada Barisan Nasional (BN) akan bergabung dengan mana-mana pihak selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, apa juga cadangan seperti itu hanya akan diteliri selepas pilihan raya selesai.

Namun katanya, ia bukan keputusan individu, tetapi oleh MT parti.

Naib Presiden UMNO itu berkata demikian kepada pemberita selepas program ‘Walkabout Parlimen Titiwangsa’ di kawasan Perumahan Awam Seri Perlis 2, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, malam tadi.

Mengiringi beliau pada program itu adalah  calon BN Parlimen Titiwangsa pada PRU15, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Ismail Sabri berkata demikian sebagai mengulas Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa parti itu akan bergabung dengan BN pasca PRU15 jika pihaknya tidak memperoleh kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Takiyuddin selepas itu mengeluarkan kenyataan media terbaharu menegaskan bahawa kenyataan beliau itu telah diambil di luar konteks dan tajuknya juga mengelirukan pengundi.

Sementara Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dilapor menegaskan bahawa parikatan yang diterajuinya itu bertanding di PRU15 untuk menang dan menubuhkan kerajaan tanpa perlu bergabung dengan BN atau Pakatan Harapan (PH).

Ismail Sabri berkata, Pas sebagai parti besar dan ditubuhkan lebih awal daripada Bersatu, sepatutnya dominan dalam PN.

“Pas adalah parti besar dan lebih awal daripada Bersatu. Sepatutnya Pas dominan serta mempunyai kuasa sendiri sebagai parti komponen, ia sepatut ada ‘say’ dalam gabungan PN,” katanya.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, PAS dilihat sering dikritik rakan kerjasamanya itu setiap kali mengeluarkan pandangan berkaitan parti.

“Jadi saya percaya kalau itulah caranya, eloklah Pas memikirkan untuk bergabung dengan parti lain,” katanya. – SM

 

(Visited 216 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button