HiburanNasional

Ahli RPM, PRISM dapat agihan pertama royalti berjumlah RM11,788,347.18

BERITA baik buat semua ahli Recording Performers Malaysia Berhad (RPM) dan Performers Rights and Interest Society of Malaysia Berhad (PRISM).

Badan pelesenan RPM dan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) selaku pelikuidasi kepada tadbir urus PRISM telah bersetuju untuk melaksanakan agihan royalti secara bayaran pendahuluan melalui Unlogged Performance Allocation (UPA) pada Januari 2021.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata demikian susulan mesyuarat yang dipengerusikan oleh beliau pada 9 Disember lalu berhubung status agihan royalti tertunggak ahli.

Beliau berkata, jumlah agihan royalti tertunggak sebanyak RM11,788,347.18 akan diagih-agihkan sebahagiannya secara permulaan melalui kaedah UPA kepada ahli RPM dan PRISM yang layak dengan nilai sebanyak RM500.00 seorang.

“Dianggarkan seramai 1,134 ahli RPM dan 396 ahli PRISM akan menerima bayaran pendahuluan ini sebelum baki agihan tersebut akan diagihkan mengikut jumlah pelaporan penggunaan lagu (usage report).

“Agihan ini akan disalurkan kepada semua ahli bermula 29 Januari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dengan adanya inisiatif ini, Kementerian dan MyIPO berharap bayaran permulaan ini sedikit sebanyak dapat membantu penggiat seni tanahair dalam menghadapi situasi pandemik Covid-19 yang memberi tekanan dan kesan hebat kepada ekonomi dan industri kreatif negara. – SM

(Visited 275 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button