Kemalanganpilihan

Pelajar sekolah maut motosikal rempuh Perodua Kelisa

Seorang pelajar maut selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah kereta di Jalan Pegoh Dalam, Alor Gajah, Melaka di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul kira-kira 10.00 malam itu, mangsa, Muhammad Azrief Karim, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Talib Karim meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah
di bahagan dada.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dalam perjalanan dari arah Kampung Pegoh Dalam menghala ke Pegoh.

“Sejurus tiba di tempat kejadian, sebuah kereta Perodua Kelisa dari arah bertentangan dipandu warga emas berusia 61 tahun membelok ke kanan memasuki simpang lorong ke rumahnya.

“Motosikal yang ditunggangi mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian sisi pintu penumpang dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” ujarnya di sini hari ini.

Menurut Arshad, pemandu kereta yang dikenali sebagai Abd. Razak Jamil, 61, dari Kampung Pegoh tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Arshad, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – SM

(Visited 164 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button