JenayahNasional

Pelajar rugi RM99,000 ditipu Macau Scam dalam telefon

Seorang pelajar perempuan kerugian RM99,040 selepas diperdaya sindiket Macau Scam, Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Supt. Aibee Ab Ghani berkata dalam kejadian pukul 1.00 tengah hari itu,  mangsa yang berusia 21 tahun itu telah menerima panggilan daripada seorang lelaki menerusi nombor +87087410786 yang mendakwa dia adalah suspek kes pengubahan wang haram dari akaun bank JP Morgan Chase.

“Selepas itu, mangsa disambungkan kepada seorang lagi lelaki yang memperkenalkan diri sebagai sarjan Pozlan dan kemudian disambung kepada seorang lagi lelaki bernama Muhammad Redza.

“Suspek telah meminta semua maklumat berkenaan akaun bank mangsa dengan alasan untuk memeriksa kes itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mangsa juga telah memberikan semua maklumat dan kesemua 23 nombor TAC bank di nombor 011-39321339.

“Apabila mangsa membuat semakan, mendapati wang dalam akaunnya telah dipindahkan ke beberapa akaun tidak dikenali,” katanya.

Aibee berkata, siasatan ke atas nombor telefon +87087410786 yang digunakan suspek mendapati terdapat dua kes lain yang direkodkan yang membabitkan kerugian RM6,750 manakala satu lagi nombor telefon, merekodkan lima kes penipuan membabitkan kerugian RM30,459. – BERNAMA

(Visited 241 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button