Politik

Haramkan judi: Kit Siang ajak pengundi Melaka tolak Pas, PN, BN

PEMIMPIN Kanan DAP Lim Kit Siang mengajak semua pengundi di Melaka menolak calon Pas, Perikatan Nasional dan Barisan Nasional berikutan tindakan Kerajaan Kedah mengharamkan judi.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu mendakwa tindakan Kerajaan Kedah pimpinan Pas mengharamkan judi merupakan satu pencabulan kepada Rukun Negara.

“Memandangkan PAS telah mengharamkan aktiviti perjudian di Kedah dan membangkitkan isu mengenai arak, mencabuli prinsip pembinaan negara bangsa Rukun Negara untuk mendapatkan undi di Melaka.

“Marilah pengundi di Melaka menolak secara bulat-bulat calon PAS, PN, dan BN akibat pencabulan Rukun Negara ini,” katanya.

Menurut Kit Siang, Malaysia ada lima prinsip pembinaan negara bangsa yang termaktub dalam Rukun Negara untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat.

Kita Siang mendakwa Pas telah menggunakan isu larangan perjudian untuk memancing undi di Melaka.

“Sekiranya PAS ini menerima prinsip dan matlamat Rukun Negara serta matlamat untuk Utamakan Malaysia, maka Menteri Besar Kedah dari PAS tidak akan cuba untuk menimbulkan isu larangan perjudian untuk memancing undi di Melaka atau cuba menggunakan isu Wiski Timah untuk tujuan politik.

“Saya seru pengundi di Melaka untuk memberikan pengajaran kepada calon PAS, PN dan BN dalam PRN Melaka pada 20 November ini, kerana rakyat Melaka dan rakyat Malaysia dapat membayangkan kekecohan dan kekeliruan dalam negara sekiranya kelima-lima prinsip pembinaan negara bangsa ini ditolak,” katanya.

Tambah beliau, cubaan untuk mengawal moral dalam masyarakat pelbagai kaum, agama, dan budaya adalah satu perbuatan yang salah, bersifat ekstremis, dan tidak bertoleransi.

Sebaliknya, menurut Kit Siang, Malaysia perlu menggembeleng nilai-nilai murni daripada empat tamadun hebat dunia Melayu/Islam, Cina, India, dan Barat yang terdapat di negara ini.

“Mengapakah rakyat Malaysia perlu bergaduh mengenai perbezaan keagamaan atau tamadun lampau mereka? Sebaliknya kita perlu mengambil kedudukan bertoleransi terhadap kepelbagaian agama, budaya, dan tamadun yang bertemu di negara kita ini untuk menjadi sebuah negara hebat yang berkelas dunia,” katanya.-SM

(Visited 621 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button