Hiburan

Drama Band trauma kemalangandi Pulau Pinang

KUMPULAN Drama Band yang mencetuskan kontroversi apabila mengenakan solekan menyindir Datuk Seri Najib Tun Razak, kemalangan di Pulau Pinang.

Kemalangan itu berlaku apabila kenderaan dinaiki dilanggar sebuah kereta ketika melalui terowong di Jalan Tunku Kudin, Pulau Pinang, kira-kira pukul 1.30 pagi semalam.

BH Online melaporkan dalam kejadian itu, Aepul Roza, Daus dan Fadhil mengalami calar-calar di badan akibat hentakan kuat. Namun, kereta jenis ‘pickup’ yang dinaiki mereka rosak teruk.

Aepul memberitahu, mereka baru tiba dari Kedah menuju ke lokasi penginapan di Pulau Pinang, apabila kenderaan dinaiki dilanggar sebuah kereta yang didakwa melalui selekoh berkenaan dengan laju.

“Kami keluar dari kenderaan dan sempat berjumpa dengan pemandu kereta terbabit dan penumpangnya.

“Apabila didekati dan ditegur, kami dapat hidu bau seperti alkohol daripada mulut pemandu dan teman-temannya. Bagaimanapun, belum sempat apa-apa, mereka meninggalkan lokasi kejadian.

“Tetapi kami buat laporan polis dan menceritakan apa yang berlaku,” katanya.

Aepul berkata, dia, Daus dan Fadhil bagaimanapun tidak mendapatkan rawatan di hospital berikutan tidak mengalami cedera teruk.

“Biar apa pun yang terjadi, persembahan malam ini tetap diteruskan. Kami tidak mahu menghampakan peminat,” katanya.

Drama Band sedang dalam rangka promosi DramaTour 2020 di enam lokasi bermula di Perlis pada 13 Mac lalu hingga akhir bulan ini.

Solekan ala-ala badut mirip pemimpin negara itu semasa tampil pada Anugerah Juara Lagu tempoh hari mendapat kecaman pelbagai pihak.

AJL34: Karakter mirip Najib, Rosmah, FB Drama Band jadi sasaran kemarahan

Kepada yang tersinggung ampunkan kami, kata vokalis Drama Band

(Visited 378 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button