NasionalpilihanTravel

MOTAC berjaya muktamad beberapa kerjasama dari penganjuran SCC dan APTCC secara hibrid

KEMENTERIAN Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Ke-23 Jawatankuasa Kecil Kebudayaan ASEAN-COCI (SCC) dan Mesyuarat Ke-11 Jaringan Kerjasama Budaya ASEAN Plus Three (APTCCN) di Kuching Sarawak, Malaysia dari 27 hingga 28 Julai 2022 secara hibrid.

Mesyuarat SCC ialah mesyuarat pegawai kanan tahunan untuk membincangkan projek kebudayaan, kesenian dan warisan yang dilaksanakan oleh Negara Anggota ASEAN (AMS) yang dibiayai di bawah Dana Kebudayaan ASEAN (ACF). Mesyuarat itu juga mengkaji permohonan projek baharu yang dicadangkan oleh AMS selain mengemas kini pelaksanaan projek yang diluluskan.

Mesyuarat APTCCN pula telah membincangkan projek kebudayaan, kesenian dan warisan yang dilaksanakan melalui kerjasama ASEAN dengan tiga negara lain, iaitu Republik Rakyat China, Republik Korea dan Jepun.

Mesyuarat SCC ke-23 telah mengesahkan dua (2) cadangan projek dari Malaysia, iaitu ‘The ASEAN Workshop on Sustainable Heritage Food Packaging and Commercialization for the World Market’ daripada Jabatan Warisan Negara dan ‘The Echoes of ASEAN Bronze’ dari Istana Budaya dengan bajet yang diluluskan berjumlah USD 100,000 (RM 445,500) di bawah ACF yang akan dilaksanakan pada 2023.

Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia Datuk Seri Hajah Nancy Shukri, dihadiri oleh Pegawai Kanan yang bertanggungjawab bagi Kebudayaan dan Kesenian dari Negara Anggota ASEAN, Ditambah Tiga negara, dan wakil dari Sekretariat ASEAN di Kuching, Sarawak pada 28 Julai 2022. – SM

Artikel berkaitan > MOTAC sarankan bagi urusan Haji & Badal Haji, sentiasa rujuk Tabung Haji

(Visited 215 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button