Kemalangan

Pelajar kolej maut motosikal terbakar

Seorang pelajar Kolej Profesional Alor Gajah dekat sini maut apabila motosikal yang ditunggangnya hangus terbakar selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 7, Asahan, Jasin, Melaka, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Supretendan Mispani Hamdan berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Altaaf Danish Mat Nasir, 18, dari Taman Merdeka meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Menurutnya, dalam kejadian pukul 11.15 pagi itu, pemandu kereta Toyota Camry datang dari arah Asahan menuju ke Jasin manakala penunggang motosikal Yamaha 135LC pula dari arah Asahan ke Jasin.

“Sewaktu tiba di kawasan selekoh Jalan Kampung Bukit Asahan, motosikal yang ditunggang Muhammad Altaaf Danish dipercayai terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan serta melanggar sisi hadapan kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun.

“Akibat perlanggaran itu, motosikal yang dinaiki mangsa terbakar di tempat kejadian dan penunggangnya disahkan meninggal dunia di lokasi tersebut,” ujarnya.

Mispandi berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin manakala pemandu kereta terbabit pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tambahnya, kes itu disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – SM

(Visited 424 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button