Nasional

ERC serahkan laporan interim kepada PM

JAWATANKUASA Khas Penambahbaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya atau Electoral Reform Committee (ERC) telah mengemukakan laporan interim kepada Perdana Menteri , Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai makluman mengenai kemajuan kajian yang telah dijalankan sehingga kini.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan pihak ERC baru-baru ini, laporan interim ini terdiri daripada syor-syor yang telah dibentuk sebagai langkah awal dalam urusan penambahbaikan sistem dan undang-undang pilihan raya.

Sehingga kini ERC telah menjalankan kajian intensif yang memfokus kepada 15 komponen kajian spesifik berlandaskan kepada objektif untuk mencapai tahap demokrasi pilihan raya sempurna.

Sebanyak 21 sesi libat urus telah dijalankan dengan mendapatkan syor dan pandangan umum diseluruh negara sepanjang 16 bulan lalu.

ERC telah ditubuhkan kerajaan pada Ogos 2018 bagi mengkaji sistem dan undang-undang pilihan raya sedia ada.

Related Articles

Antara tugas utama ERC adalah mengemukakan cadangan dan syor bagi memastikan pilihan raya di Malaysia dilaksanakan dengan sempurna dan mengikut standart yang dicapai oleh negara-negara pengamal demokrasi maju bagi mendapatkan kepercayaan awam sepenuhnya.

Selain itu jawatankuasa ini turut menerima pandangan dan input dalam bentuk memorandum secara bertulis daripada pelbagai pihak.

Sebagai langkah susulan, pihak ERC akan mengambil tindakan seterusnya bagi menyediakan satu laporan penuh yang akan dikemukakan kepada Dr. Mahathir selewat-lewatnya pada bulan Ogos depan. SM

 

(Visited 66 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button