KemalanganNasionalNegeri

Dua maut kereta berlanggar dengan lori 5 tan

SEORANG pemandu kereta dan penumpang di bahagian belakang maut selepas kenderaan dinaiki terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Song Ban Keng, Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, awal pagi ini .

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Perda, Pegawai Bomba Kanan II, Hirwan Hassan berkata, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Lim Jeng Yee, 33, dan penumpang kereta, Ong Zhong Xiang, 26.

Menurut Hirwan, rakan mereka yang duduk di tempat penumpang depan pula cedera.

“Kita menerima panggilan kecemasan pada jam 3.07 pagi tadi berhubung satu kemalangan melibatkan dua kenderaan.

“Selepas bergegas ke lokasi kejadian, kita mendapati memang benar berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori lima tan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa iaitu pemandu dan dua orang penumpang di dalam kereta jenis Mercedes Benz telah tersepit.

Dua didapati meninggal di tempat kejadian manakala seorang yang cedera dikenali sebagai Lim Chun Hung, 23, iaitu penumpang belakang kereta, katanya.

Katanya lagi, mangsa yang menaiki kereta telah tersepit akibat daripada perlanggaran tersebut. Sementara itu, pemandu lori langsung tidak mengalami kecederaan.

Tambah beliau, pihaknya telah menjalankan kerja-kerja menyelamat dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa telah berjaya dikeluarkan pada jam 4.10 pagi. Kesemua mangsa diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya,” ujar beliau. – SM

(Visited 218 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button