Nasional

Abang ‘durjana’ tergamak perkosa adik sendiri

HARAPKAN pegar, pegar makan padi.

Itulah perumpaan yang sesuai diungkapkan terhadap perlakuan seorang remaja berusia 16 tahun yang tergamak memperkosa adiknya sendiri.

Perbuatan terkutuk itu terbongkar selepas polis menerima satu laporan polis berkenaan perbuatan itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, mangsa yang berusia 15 tahun itu mendakwa dirinya telah diperkosa abangnya pada 26 Julai lalu kira-kira pukul 10 malam di rumah mereka.

“Kejadian telah diketahui pihak Jabatan Kebajikan Masyrakat selepas dimaklumkan oleh seorang guru kaunseling di sekolah mangsa.

BACA> Kes ugut, polis siasaat penglibatan kongsi gelap

“Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat berkenaan mangsa yang merupakan anak kedua daripada lima beradik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, JKM kemudian telah membawa mangsa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 7.30 petang kelmarin untuk pemeriksaan lanjut.

Hasil pemeriksaan jelasnya, terdapat kesan koyakan lama pada alat sulit mangsa.

“Kita kemudian telah menahan suspek di tepi Jalan Universiti, Petaling Jaya kira-kira pukul 12.10 tengah malam tadi.

“Suspek telah ditahan reman selama tujuh hari untuk disiasat di bawah Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram,” ujarnya.

BACA> Pemuda DAP gotong royong bubuh tulisan cina pada papan tanda

Tambahnya, mangsa bersama seorang lagi adik perempuannya telah ditempatkan di bawah jagaan JKM sementara kes tersebut diselesaikan. -SM

(Visited 496 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button