NasionalNegeri

Selangor mesti proaktif tangani Covid-19

SELANGOR adalah negeri yang mempunyai kepadatan penduduk tingi berbanding negeri lain di seluruh negara sekali gus berisiko berlaku penyebaran Koronavirus (Covid-19).

Oleh demikian kerajaan negeri perlu bersikap proaktif dalam menangani dan membendung wabak pandemik susulan daerah Klang diisytihar sebagai zon merah.

Justeru adalah wajar Kerajaan Selangor meneruskan usaha membuat saringan bersasar bagi memastikan tidak berlaku penularan yang lebih teruk ke kawasan-kawasan lain.

“Kerajaan Negeri juga akan terus mengadakan saringan bersasar Covid-19 ke kawasan merah sebagai langkah lanjutan bagi mengawal perebakan wabak ini.”

Demikian kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyatannya hari ini.

Beliau berkata demikian selepas satu maklumbalas diterima menerusi Mesyuarat Penyelarasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Daerah Klang pagi tadi.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd. Amin Ahmad Ahya mewakili Amirudin yang masih menjalani kuarantin kendiri.

Katanya, maklumat yang diperoleh daripada mesyuarat tersebut juga dimaklumkan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pukul 11 pagi tadi.

“Pihak Kerajaan Negeri telah telah menyampaikan segala maklumbalas dan cadangan berkaitan perlaksanaan PKPB (dengan beberapa ubah suai).

“Untuk penyelarasan dan keseragaman informasi, MKN di bawah Kerajaan Persekutuan akan mengumumkan perincian perlaksanaan PKPB Klang.

“Kerajaan negeri akan bekerjasama sebaik mungkin dengan semua agensi bagi memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara,” ujarnya. – SM

(Visited 137 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button