fbpx
Luar Negara

Pekerja tidak merokok dapat empat hari cuti tambahan

PARA pekerja di sebuah syarikat di Swindon, England diberikan empat hari cuti tambahan kerana tidak merokok.

Agensi itu KCJ Training and Employment Solutions memperkenalkan polisi berkenaan mulai 2 Januari lalu untuk memberi imbuhan kepada mereka yang tidak merokok berbanding menghukum yang merokok.

Polisi itu diperkenalkan oleh Pengarah Urusan syarikat itu, Don Bryden yang merupakan seorang perokok.

Dia berharap melalui polisi berkenaan akan memberi inspirasi pekerjanya untuk berhenti daripada tabiat buruk itu, di samping berharap syarikat lain juga akan mencontohinya.

James Hackett dari Inspire Creative Media yang mewakili Bryden berkata, syarikat itu mendapat inspirasi tersebut selepas membaca tentang amalan tersebut di Jepun.
“Selepas membaca mengenainya, Don turut berfikir itu menarik kerana perokok banyak mengambil masa untuk merokok,” katanya kepada The Independent.
Daripada congakannya, Bryden mendapati jika pekerjanya berehat selama 10 minit sebanyak tiga kali untuk merokok setiap hari selama seminggu ia menjadikannya kira-kira 16 hari setahun.

Jadi dia memutuskan untuk memberi imbuhan kepada pekerja yang tidak merokok dengan tambahan cuti empat hari.


“Dai melihat jika polisi ini tidak dilaksanakan ia merupakan satu diskriminasi kepada yang tidak merokok.

“Tentunya tidak baik apabila kita duduk bekerja tetapi yang merokok boleh berehat untuk merokok,” katanya.

Penyelidikan pada 2014 oleh Yaysan Jantung British dan Pusat untuk Penyelidikan Perniagaan dan Ekonomi menganggarkan pekerja yang berehat untuk merokok mendatangkan kerugian 8.4 bilion pound setahun.

Ini merupakan kerugian daripada aspek produktiviti jika pekerja terbabit hilang selama 10 minit empat kali sehari untuk merokok.

Bryden berkata, polisi itu diterima oleh pekerja di syarikatnya – yang mana 11 daripada pekerjanya, kira-kira separuh merokok.

Sejak diperkenalkan, seorang daripada pekerja telah meninggalkan terus tabiat merokok dan dua lagi sedang cuba untuk berhenti.

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button