KemalanganNasional

10 penumpang cedera bas ekspres terbalik

SERAMAI 10 penumpang cedera selepas bas ekspres yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbalik di Jalan Gunong-Jelawat, Bachok, Kelantan, pagi tadi.

Ketua Polis Bachok, Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, dalam kejadian yang berlaku pada pukul 5.30 pagi semalam (20 Jun), kesemua penumpang hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketika kejadian, katanya, bas terbabit sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Jelawat.

“Sebaik tiba di selekoh Kampung Bator, bas yang dipandu lelaki berusia 27 tahun itu hilang kawalan lalu terbabas sebelum terbalik di bahu jalan.

“Terdapat 10 penumpang yang berada dalam bas terbabit dan kesemua mereka hanya cedera ringan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Tambahnya, usaha mengalih dan mengangkat bas sudah dilakukan oleh syarikat bas berkenaan pada 11 pagi semalam dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Baca artikel ini > 4 maut dalam kemalangan NKVE

(Visited 375 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button