Luar Negara

Coronavirus: lebih 800 mati di China

CHINA mencatatkan peningkatan sebanyak 89 kematian akibat jangkitan Novel Coronavirus hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 811 orang.

Jumlah tersebut adalah lebih tinggi berbanding kematian akibat wabak Sindrom Akuk Pernafasan Teruk (SARS).

Pada 2002 hingga 2003, wabak tersebut membunuh lebih 700 orang di China.

Dalam perkembangan terbaharu itu, seramai 37,198 jangkitan dicatatkan dengan 2,600 kes baharu Coronavirus direkodkan hari ini oleh Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China (NHC).

Antara korban terbaharu adalah seorang warga Amerika Syrikat dan Jepun  meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Wuhan.

[BACA ARTIKEL] Lelaki 41 tahun warga pertama Malaysia dijangkiti coronavirus — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Bapa, anak warga Malaysia pulang dari Wuhan dijangkiti coronavirus — Suara Merdeka

Sementara itu, hanya satu kes kematian warga China yang berada di luar negara melibatkan seorang lelaki di Filipina.

Namun, memetik laporan Channel News Asia (CNA), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Sabtu lalu menyatakan jangkitan Coronavirus di China kini semakin terkawal.

Bagaimanapun, menurutnya lagi, masih terlalu awak untuk mengisytiharkan wabak itu sudah melepasi tahap kritikal.

KERAJAAN China melarang rakyatnya pergi ke luar negara bagi mengekang penularan wabak Coronavirus. – Gambar NEWS ENGLAND PUBLIC RADIO

China kini sedang bergelut bagi mengekang penularan wabak Coronavirus jenis 2019-nCov itu apabila melarang 56 juta penduduk Wuhan meninggalkan wilayah itu.

Sementara penduduk di wilayah lain pula dinasihatkan supaya kurangkan berada di luar rumah serta menyekat sebahagian daripada keluar meninggalkan kediaman.

Doktor dihukum akibat tular video, meninggal dunia

Jumaat lalu, seorang doktor berusia 34 tahun yang merawat pesakit dijangkiti Coronavirus meninggal dunia.

Sebelum itu, beliau dihukum kerana menyebar video berkenaan penularan virus misteri pada Disember lalu.

[BACA ARTIKEL] Doktor beri amaran mengenai koronavirus meninggal dunia – Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL]
Kerajaan Malaysia cemerlang tangani koronavirus — Suara Merdeka

Kini Coronavirus merebak ke seluruh dunia apabila lebih 24 negara merekodkan kewujudan jangkitan virus itu.

Hal demikian menyebabkan kerajaan masing-masing melarang kemasukan pelancong dari China masuk ke negara mereka serta melarang rakyat pergi ke sana.

Justeru, banyak syarikat-syarikat penerbangan mengambil keputusan untuk menggantung penerbangan pergi dan daripada China. – SM

(Visited 155 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button