Politik

Keanggotaan tiga ahli Bersatu tanding Bebas PRN Sawarak gugur automatik

Keanggotaan tiga ahli parti BERSATU yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN-12) atas tiket Bebas gugur secara automatik.

Perkara itu ditegaskan Pengerusi BERSATU Sarawak, Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian.

Mereka ialah Siki Balarik di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Belaga, Ricky Enteri (DUN Bawang Assan) dan Ismawi Muhammad (DUN Muara Tuang).

“Jadi sekarang ini tidak ada ahli BERSATU yang bertanding, mereka telah pun digugurkan keanggotaan secara automatik menurut Perlembagaan BERSATU. Kita telah memberikan mereka masa dan peluang untuk menarik diri tapi tiada tindakan dibuat mereka, jadi keahlian mereka telah gugur.

“BERSATU tetap dengan pendirian tidak bertanding pada PRN Sarawak,” katanya kepada Bernama .

Beliau berkata demikian selepas hadir di Rumah Panjang Chunggat, Munggu Ubah semalam bagi membantu Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju berkempen untuk calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Friday Belik di kerusi Dewan Undangan Negeri Krian.

Sebelum ini Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata parti itu tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana ahlinya yang bertanding pada pilihan raya tanpa kebenaran parti, termasuk keahlian boleh terhenti serta-merta. -SM

(Visited 171 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button