ParlimenPolitik

Hampir muntah buat ujian saringan di Parlimen – Teresa

ADAKAH perbezaan menjalani ujian saringan Koronavirus (Covid-19) yang umum maklum mempunyai kategori tertentu mengikut peringkat.

Mungkin setiap orang mempunyai perasaan yang berbeza ketika menjalani ujian berkenaan, ada sesetengahnya rasa ia memeritkan, sebahagiannya pula rasa meloyakan.

Begitu juga perasaan dialami Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang memberitahu beliau hampir termuntah ketika menjalani ujian saringan Covid-19 di Parlimen, semalam.

“Petang ini saya menjalani ujian Covid-19 di bangunan serbaguna di Parlimen.

“Kesemua ahli parlimen dan pengiring kami dikehendaki menjalani ujian Covid-19 setiap 2 minggu.

“Ini adalah kali kelima saya menjalani undian Covid-19 sejak wabak ini melandai negara kita dalam Mac tahun ini.

“Hari ini, cara ujian ini dilakukan menyebabkan saya hampir muntah. Aduh! Susahnya.”

Demikian luahan Teresa apabila menjalani ujian saringan itu sebelum memasuki Dewan Rakyat bagi mengikuti sidang dan perbahasan Belanjawan 2021 semalam.

Terdahulu, Ahli Parlimen diarahkan menjalani ujian saringan Koronavirus (Covid-19) bagi menghadiri sidang Dewan Rakyat pada Isnin hadapan (16 November).

Hal terebut telah dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pada Selasa lepas sebagai prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19.

Ujian saringan yang perlu dijalani adalah jenis Reverse TranscriptionPolymerase Chain Reaction (RT-PCR) di Dewan Serbaguna, Parlimen Malaysia.

Teresa sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah lalu apabila mengalami kesukaran untuk memasuki negeri itu bagi berkempen untuk partinya.

Beliau diarahkan menjalani ujian Covid-19 kerana tersilap ketika mengisi borang pengisytiharan kesihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). – SM

(Visited 333 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button