Nasionalpilihan

Elaun Mencari Pekerjaan dibuka kepada bukan pencarum Perkeso

KERAJAAN akan memperluaskan Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, elaun itu akan diberikan terutamanya kepada graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal.

“Mereka bolehlah mendaftar di bawah platform MYFutureJobs dan bakal menerima elaun sekurang-kurangnya RM300,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi hari ini.

Menurut Muhyiddin, kerajaan akan memperuntukkan RM125 juta melalui HRD Corp untuk melaksanakan inisiatif Place and Train di bawah program Janapreneur terutamanya kepada belia lepasan sekolah dan graduan.

“Inisiatif ini dijangka membuka peluang kepada 30 ribu orang untuk mengikuti program latihan kemahiran dengan jaminan pekerjaan setelah tamat latihan.

“Pihak MDEC pula akan menambah baik program sedia ada iaitu eRezeki dan GLOW bagi membantu lebih 20,000 pencari pekerja dalam ekonomi gig,” katanya. -SM

(Visited 162 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button