Nasional

Jualan Rahmah diadakan dua kali sebulan untuk tangani kos sara hidup

Jualan RAHMAH Peringkat Negeri Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang yang diadakan selama dua hari iaitu pada 22 hingga 23 Julai 2023.

Seperti sedia maklum, Program Jualan RAHMAH ini dilaksanakan dengan tiga model iaitu model yang pertama ialah dengan membuat jualan di dalam premis yang sesuai seperti pasar besar, pasar raya dan premis perniagaan
peruncitan lain yang bersesuaian.

Model yang kedua adalah secara di kawasanvterbuka di mana KPDN bekerjasama dengan pemimpin tempatan dengan membawa pemain-pemain industri peruncitan untuk membuat jualan secara terus di kawasan Parlimen dan DUN.

Manakala model yang ketiga adalah diadakan secara bergerak oleh rakan strategik KPDN yang akan mengadakan jualan secara bergerak di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan pasar
raya atau premis peruncitan yang bersesuaian serta jauh untuk mendapatkan barangan keperluan harian.

Untuk makluman, Program Jualan RAHMAH yang mula diperkenalkan bermula Januari 2023, sejumlah 68 lokasi membabitkan 13 kawasan Parlimen dan 40 DUN telah terlibat dengan Jualan RAHMAH di premis-premis
peruncitan di negeri Pulau Pinang.

Penganjuran program ini dapat dilihat memberi kesan yang positif dalam usaha untuk meringankan kos sara hidup warga Malaysia MADANI.

Ini dapat dilihat melalui jumlah keseluruhan pengunjung yang melebihi 90,000 ribu dan rekod jualan di negeri Pulau Pinang berjumlah melebihi RM2 juta.

Seterusnya, Program Jualan RAHMAH akan diteruskan di semua kawasan Parlimen di negeri Pulau Pinang dengan kekerapan dua kali sebulan sehingga bulan Disember 2023.

Objektif utama Program Jualan RAHMAH ini diadakan adalah bagi memastikan program ini sampai secara terus kepada golongan sasar dengan menawarkan barangan keperluan harian dan pada masa yang sama program ini
juga bertujuan untuk menyediakan barangan keperluan harian kepada masyarakat setempat pada harga yang mampu milik serta dapat membantu menghidupkan kembali ekonomi seluruh anggota masyarakat setempat setelah berdepan pandemik sejak dua tahun lepas.

Inisiatif ini juga memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan barangan keperluan asas harian sehingga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran setempat. lanya sekali gus dapat membantu meringankan kos
sara hidup rakyat Malaysia MADANI dan seterusnya, program ini dapat memberi manfaat kepada golongan yang kurang berkemampuan di negeri ini yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup.

KPDN mengajak dan menggalakkan lebih ramai lagi pemain industri khususnya hypermarket dan pasar raya supaya dapat bersama-sama menjayakan aspirasi ini dalam mengurangkan tekanan terhadap kos sara hidup
rakyat.

KPDN negeri Pulau Pinang merakamkan setinggi penghargaan kepadasemua pihak yang terlibat di atas komitmen yang mampan sepanjang menjayakan Program Jelajah Jualan RAHMAH ini bagi membantu golongan
yang memerlukan dalam meringankan beban kos sara hidup mereka di negeri Pulau Pinang di samping meningkatkan pendapatan para peniaga di sini. – SM

(Visited 351 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button