Nasional

PEKA anjur tuisyen percuma untuk calon SPM anak kakitangan UPSI

Persatuan Kakitangan Akademik (PEKA) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengambil pendekatan proaktif membantu 65 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 menerusi program Smart Home Schooling.

Prof Dato Dr Md. Amin Md Taff

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata berkata langkah PEKA itu secara tidak langsung, dapat membantu meningkatkan prestasi dan kecemerlangan calon SPM yang melibatkan anak-anak kakitangan.

Ketika berucap merasmikan Pelancaran Program Tuisyen Peka , Prof Md Amin menganggap tindakan PEKA sebagai wajar demi kebajikan akademik anak-anak kakitangan yang juga penting  diberi perhatian.

UPSI, katanya,  sebagai peneraju Universiti Pendidikan Nombor Satu negara, turut diberi penekanan merealisasikan agenda University for Society (U4S) dan Agenda Keempat dalam memacu kesejahteraan komuniti.

Menurutnya, program Smart Home Schooling mampu memberi impak dalam memudahkan  proses pembelajaran dalam talian dan mewujudkan arkib amalan terbaik latihan mengajar.

Prof. Madya Dr. Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah

Presidennya, Prof. Madya Dr. Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah berkata, calon SPM 2021 berkenaan terdiri daripada anak-anak kakitangan UPSI sendiri yang ikut terkesan oleh krisis pandemik Covid-19.

“Mereka juga mengalami beberapa permasalahan, antaranya penutupan sekolah dan pembelajaran secara dalam talian yang membataskan peluang mereka pergi ke sekolah bagi pembelajaran bersemuka.

Justeru, katanya, pelaksanaan Tuisyen Online oleh PEKA  atau ringkasnya  TPEKA, hasil gabungan penyelidikan dari ahli jawatankuasa Peka, pensyarah dan pelajar ini diharap mampu meningkatkan kecermalangan anak anak kakitangan UPSI sendiri.

“Malah, program yang mengetengahkan produk inovasi UPSI melalui TPEKA ini juga akan mengetengahkan sumbangan pelajar yang terdiri daripada Alumni  UPSI serta menanam sikap sayangkan  UPSI kepada kakitangan UPSI dan pelajar UPSI,” katanya sempena Pelancaran Program Tuisyen Online Peka secara dalam talian.

Beliau berkata program berkonsepkan tanggungjawab sosial korporat (CSR) PEKA itu bermula pada 18 September lalu dan akan tamat pada  21 Februari tahun hadapan.

‘Tuisyen membabitkan lima mata pelajaran itu iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Sains dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad selama dua jam,” katanya.

Dr. Ashardi Abas

Naib Presiden PEKA, Dr. Ashardi Abas berkata, sistem TPEKA berkenaan telah diuji dan telah mendapat maklum balas positif daripada kalangan pelajar dan pensyarah UPSI sendiri.

Menurutnya, sistem berkenaan  yang dipanggil Tuisyen Online Peka (TPEKA), terdiri  daripada Student Management System(SMS), Tutor Management System (TMS) dan Homework Monitoring System(HMS).

“TPEKA berfungsi sebagai sistem untuk menguruskan tuisyen secara dalam talian sepenuhnya  dan  bahan latihan pembelajaran diberi secara digital bagi menggantikan kaedah manual yang dijalankan sebelum pandemik Covid-19,” katanya.

Ashardi berkata sistem itu menjadi tempat memproses dokumentasi keberhasilan proses latihan mengajar yang dilalui oleh pelajar UPSI semasa Latihan Mengajar (LM) yang dijadikan penanda aras untuk meningkatkan kualiti para akademik UPSI dan pelajar dalam merencanakan pendidikan abad ke-21.

Selain itu, katanya, dilakukan proses mendokumentasi bahan-bahan Rancangan Pengajaran Harian (RPH), video, dan alat bantu mengajar (ABM). -SM

(Visited 553 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button