Hiburan

Netizen puas hati Elly Mazlein tarik diri mengacara ASGV?

AKHIRNYA Elly Mazlein mengumumkan atas sebab-sebab peribadi, beliau menarik diri secara total daripada menjadi pengacara All Stars Gegar Vaganza (ASGV) bersama dengan dua lagi pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Musa.

Penarikan diri Elly Mazlein itu tidak memeranjatkan kerana di minggu pertama ASGV bersiaran, tiga pengacara diletakkan di atas satu pentas bukan sahaja mereka berlaga suara tetapi seolah-olah sesama mereka mahu menonjolkan siapakah yang lebih bagus dan mempunyai aura yang amat kuat untuk terus kekal berada di atas pentas program realiti televisyen itu.

Di antara ketiga-tiga pengacara itu, bukan mahu dibuat perbandingan tetapi pengacara asal Gegar Veganza bukannya Elly Mazlein.

Justeru chemistry di antara Nabil dan Jihan lebih kuat berbanding dengan gandingan Nabil dan Elly Mazlein yang menggunakan karakter Kak Lina Pom Pom atau Kepom.

Kebom bukan dabom! Ketika Elly Mazlein mengacarakan Gegar Veganza bersama Nabil, beliau sekadar pengacara ‘filler’ kerana ketika itu, Jihan cuti bersalin dan berpantang.

Semusim Gegar Veganza memberi ruang kepada Elly Mazlein untuk tampil sebagai pengacara dan populariti sebagai pengacara diraih dalam sekelip mata yang mana, beliau berjaya menggenggam trofi dalam kapasiti di bidang pengacaraan televisyen.

Ahad lepas, Nabil membunuh dan menyingkirkan rakan pengacaranya itu secara tidak langsung atau diam-diam apabila dia tampil membawa content Era ke pentas ASGV.

Jihan pula tidak membantu kehadiran Elly Mazlein kerana beliau sendiri perlu bertapak semula sebagai pengacara program hiburan terbitan Astro itu.

Elly Mazlein mungkin ada rezeki lain yang menunggu beliau di luar sana dan jadilah diri sendiri kerana tidak perlu bertempel dengan program Gegar Vaganza.

Penarikan diri Elly Mazlein itu disahkan oleh Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad.

Sekadar menghormati keputusan yang dibuat oleh Elly Mazlein, retorik ayat atau cliché  yang menghormati keputusan pengacara itu berbunyilah seperti ini:

“Selepas memberi pertimbangan secara teliti, dengan rasa berat hati Astro ingin mengumumkan pengunduran Kak Lina dari program ASGV atas hal peribadi.

“Walaupun berasa sedih, pihak Astro menghormati keputusan terbabit. Pihak Astro ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kak Lina atas kesungguhan dan komitmen yang diberikan sepanjang terbabit program itu,”.

Elly Mazlein dalam kenyataan kepada media memohon maaf kerana tidak dapat mengacarakan program itu lagi.

“Kak Lina mohon maaf kerana tidak dapat mengacarakan ASGV atas sebab-sebab peribadi. Kak Lina ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong. Kak Lina amat menghargainya. Insya-Allah kita doakan program ini terus berjaya,” katanya.

Sebenarnya tidak perlu pun Elly Mazlein memohon maaf kerana rezeki ditentukan oleh Allah dan usahalah ke arah yang lain pula.

Mungkin kata-kata kesat netizen yang dilemparkan terhadap Elly Mazlein memberi kesan yang mendalam dan membuatkan beliau koyak! – SM

BACA Elly Mazlein sah pengganti Kak Lina Pom Pom dalam GV2023

BACA ASGV kejar rating dan trending, gimik murahan!

(Visited 225 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button