Nasional

Sotong cincin beku tiada DNA babi

PUTRAJAYA: Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan tiada DNA babi atau babi dikesan dalam sampel cincin sotong beku seperti yang didakwa seorang pengguna, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata penemuan itu diperoleh hasil analisis Jabatan Kimia terhadap sampel sotong sejuk beku yang dirampas bahagian penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Beliau berkata cincin sotong sejuk beku itu dirampas susulan pemeriksaan di beberapa premis membabitkan peruncit, pemborong, pengedar dan pengimport produk itu di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Johor berikutan dakwaan produk yang dijual di pasaran itu diperbuat daripada rektum babi.

“Sampel produk dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi mengenal pasti sama ada ia mengandungi DNA babi atau sebaliknya dan daripada keputusan yang diterima daripada Jabatan Kimia, mengesahkan tiada DNA babi dikesan dalam sampel tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Nanta menasihatkan pengguna supaya berhati-hati dalam menyebarkan maklumat termasuk di media sosial terutamanya isu berkaitan halal kerana ia boleh menimbulkan keresahan orang ramai.

Satu posting di media sosial yang mendakwa cincin sotong yang dijual di pasaran diperbuat daripada dubur babi berperisa sotong menjadi viral baru-baru ini, manakala pengguna media sosial lain meragui kesahihan tanda halal yang tertera pada bungkusan itu. – Bernama

 

(Visited 592 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button